LOGO PERSATUAN TMK
VISI
Berazam menerajui teknologi,informasi dan komunikasi terkini bagi merealisasikan maklamat misi dan visi.
MATLAMAT
Bagi melahirkan guru yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu logo.Meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat.Guru juga diberi peluang dalam melahirkan idea yang kreatif dam kritis.
OBJEKTIF
1.Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.
2.Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.
3.Menggunakan TMK untuk mencari mengumpul,memproses dan meggunakan maklumat.
4.Untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat.
5.Untuk menyelesaian masalah dan membuat keputusan.
6.Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran.
7.Untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.
SEJARAH PERSATUAN
Persatuan TMK KDPM KEMAS Ambilan Nov ditubuhkan pada 23 Mei 2012.Ia mula dijalankan sewaktu pelajar KDC KEMAS Ambilan 2011 belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.Teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) dikatakan bakal menjadi reknologi abad ke 21 yang akan memacu pembangunan sosial dan ekonomi negara.Teknologi merujuk kepada Perkakasan,Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan teknologi.
Disamping itu banyak aktiviti-aktiviti telah dijalankan seperti Pengurusan Fail,Fotografi,Membina Laman Web dan sebagainya.Teknologi Maklumat(Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukanuntuk pemprosesan data.Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.Secara tepat dan mudah penggunaaan komputer dan perisian untuk mengubah,menyimpan,melindungi,memproses,memindah,melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,penyebaran,pemprosesan dan pemyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.Seperti yang diketahui umum teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,telefon mudah alih,fax,telegram,PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.















Tiada ulasan:
Catat Ulasan