Sabtu, 27 September 2014
PERLEMBAGAAN PERSATUAM TMK
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
KDPMKDC KEMAS AMBILAN NOV 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
LEMBAH PANTAI 59990 KUALA LUMPUR
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,No.11,Tambahan No.41,Perundangan(A):P.U.(A) 196 bertarikh 21 hb Mei 1998,maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan(Perlembagaan) Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang selepas ini disebut sebagai “persatuan” sahaja.
FASAL 1 NAMA DAN ALAMAT TEMPAT URUSAN
1.1 Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KDPMKDCKEMAS AMBILAN NOV 2011.Selepas ini disebut “Persatuan”
1.2 Tempat urusan dan alamat surat menyurat Persatuan ialah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu(IPGKBM),Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur atau di tempat-tempat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa .
FASAL 2 LOGO
2.1 LOGO
2.2 KETERANGAN LOGO
Logo terdiri daripada satu bentuk bujur yang melambangkan teknologi di zaman muktakhir ini dan lambang wifi itu bermaksud maklumat global manakala anak panah separa melambangkan perkongsian data atau maklumat.
2.3 MAKSUD LOGO
Warna Merah - Semangat yang tinggi dalam perjuangan dibidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pelajar KDPMKDCKEMAS Ambilan Nov 2011 khasnya dan pelajar IPGKBM amnya.
Warna Biru tua - Komited dalam menyebarkan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi dengan seluas-luasnya tanpa sempadan.
Warna biru muda -Teguh dalam menjayakan cita-cita negara dengan menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai landasan ke arah kecemerlangan.
Gelung berbentuk bujur -Simbol penggunaan medium Multimedia dalam segala aktiviti dan halatuju persatuan.
Wifi – Simbol maklumat global ke arah memperkasa alam siber sejajar dengan aspirasi negara.
Anak panah – Simbol perkongsian segala data dan maklumat kepada semua.
FASAL 3 PENGGUNAAN LOGO DAN KEPALA SURAT
3.1 Logo dan Kepala surat “Persatuan” hanya boleh digunakan oleh ahli persatuan ini sahaja.
FASAL 4 MATLAMAT
4.1 Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek.
FASAL 5 OBJEKTIF
5.1 Untuk menanam semangat dayausaha, pemikiran sihat, hasrat dan cita-cita yang jitu dan kental serta mempunyai sifat-sifat rohaniah dan jasmaniah, dunia dan akhirat untuk setiap ahli.
5.2 Memberikan peluang dan memdedahkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kepada ahli serta menganjurkan kursus, seminar yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
5.3 Untuk merancang, melaksanakan dan menilai program dan aktiviti ahli termasuk bekerjasama atau bergabung dengan persatuan lain yang mempunyai tujuan yang sama bagi berhubung dengan kerajaan dan agensi lain untuk rancangan yang berfaedah bagi memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta lain-lain aktiviti seperti pelajaran, pembangunan, ekonomi, sosial dan kerohanian.
5.4 Mengemaskinikan segala usaha dan gerak langkah dalam bentuk jangka pendek dan jangka panjang sehingga ke peringkat memiliki hartanah, bangunan, dan sebagainya.
5.5 Mengusahakan dan membangunkan aktiviti yang berprestij, global dan menekankan kaedah-kaedah terkini serta kehendak semasa.
5.6 Menambahkan tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan undang-undang. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan ini, dan tidak sebahagianpun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini.
FASAL 6 KEAHLIAN
6.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua Warga IPGKBM sahaja tanpa mengira jantina yang telah mencapai umur 18 ke atas dan berminat dengan bidang teknologi maklumat. Bilangan ahli tidak terhad. Terdapat dua jenis ahli:
(a) Ahli Tetap terbuka kepada individu yang mengikuti Kursus Dalam Cuti khususnya pelajar-pelajar program KDPMKDC KEMAS AMBILAN NOV 2011 yang berumur 18 tahun ke atas berminat dengan aktiviti teknologi maklumat. Mereka ini DIWAJIBKAN menjadi ahli persatuan ini.
(b) Ahli Biasa terbuka kepada Warga IPGKBM lelaki dan perempuan yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira jantina, ugama, bangsa dan keturunan yang berminat dengan aktiviti teknologi maklumat dan komunikasi.
6.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
6.3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.
6.4 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan.
FASAL 7 BAYARAN MASUK , YURAN DAN BAYARAN LAIN
7.1 Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:
Ahli Tetap Ahli Biasa
Yuran masuk : RM 3.00 RM 3.00
Yuran Tahunan : RM 2.00 RM 2.00
7.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh tiga bulan dari awal tiap-tiap tahun.
7.3 Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.
7.4 Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang.
7.5 Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.
FASAL 8 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
8.1 Ahli yang hendak berhenti deripada menjadi ahli Persatuan, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
8.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 9 MESYUARAT AGUNG
9.1 Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum untuk mesyuarat.
9.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa ; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
9.3 Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah :
(a) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan di dalam tahun yang lalu ;
(b) Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
(c) Memilih Ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira untuk dua tahun sekali.
(d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
9.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan.
9.5 Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan :
(a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau
(b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.
9.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
9.7 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
9.8 Fasal 8 (1) dan 8 (2) didalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
FASAL 10 PENASIHAT/PENAUNG
10.1 Jawatankuasa boleh , jika difikirkan perlu , melantik salah seorang pensyarah-pensyarah di IPGKBM menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.
10.2 Penasihat hendaklah memberikan nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
FASAL 11 JAWATANKUASA
11.1 Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih didalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap dua tahun sekali:
Seorang Pengerusi.
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
7 orang Ahli Jawatankuasa Biasa ( dua dilantik oleh Pengerusi)
11.2 Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
11.3 Nama untuk jawatan di Fasal 9(1) di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihannya dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap dua tahun sekali.
11.4 Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
11.5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam tempoh tiga (3) bulan.Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
11.6 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan Ahli-Ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;
(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu ; dan
(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
(d) Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
11.7 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
11.8 Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
11.9 Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.
11.10 Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa.
FASAL 12 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
12.1 Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
12.2 Naib Pengerusi akan memangku jawatan Pengerusi dan menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
12.3 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari.
12.4 Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.
12.5 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 13 KEWANGAN
13.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
13.2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.
13.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi , Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan.
13.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00 (Ringgit Malaysia Seribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa , dan perbelanjaan yang lebih dari RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang dari RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Seribu) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.
13.5 Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli ditempat urusan Persatuan.
13.6 Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 14 PEMERIKSA KIRA-KIRA
14.1 Dua orang yang bukannya Pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.
14.2 Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus juga jika dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 15 PENGAMANAH
15.1 Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendakklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Persatuan dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
15.2 Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan Persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Persatuan.
15.3 Seorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatan oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaan dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baharu dilantik di dalam Mesyuarat Agung.
FASAL 16 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
16.1 Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
16.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
FASAL 17 LARANGAN
17.1 Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pau Kau, Tau Ngau, tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puloh Satu, Tiga Puloh Satu, Sepuloh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, permainan video dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;
17.2 Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;
FASAL 18 KEHADIRAN/ PENYERTAAN
18.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
18.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab.Tindakan membuang keahlian boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
FASAL 19 AKTIVITI
19.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
19.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
FASAL 20 PERATURAN-PERATURAN
20.1 Peraturan Institut adalah menjadi peraturan asas.
20.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipaatuhi oleh semua ahli.
20.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
FASAL 21 TINDAKAN DISIPLIN
21.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
21.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
(2.1) Amaran Lisan
(2.2) Amaran Bertulis
21.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Penasihat secara bertulis dan keputusan Penasihat adalah muktamad.
FASAL 22 PINDAAN PERLEMBAGAAN
22.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
22.2Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli,ahli jawatankuasa,penasihat atau pentadbir institut secara bertulis.
22.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
22.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengarah.
FASAL 23 PEMBUBARAN
23.1 Pengarah diberi kuasa untuk membubarkan persatuan ini jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
23.2 Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung tergempar.
FASAL 24 HAL-HAL LAIN
24.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
24.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
Selasa, 16 September 2014
Langgan:
Catatan (Atom)